Saturday, February 1, 2014

Gadai nyawa lintas rel kereta api

SEORANG penduduk memanjat tembok ketika melintas landasan kereta api berhampiran Stesen 
Komuter Angkasapuri.


KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta mengkaji keperluan membina jejantas mesra pengguna dan pagar keselamatan sepanjang laluan landasan kereta api atau komuter bagi mengelak kejadian pencerobohan terutama di sekitar Lembah Klang.
Ketua Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), S. Mahendran memberitahu, masalah pencerobohan di kawasan landasan semakin serius berikutan jumlah kawasan perumahan baharu yang bertambah.
Menurut beliau, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihaknya bagi mengatasi masalah berkenaan termasuk memasang pagar keselamatan dan mengadakan kempen kesedaran.
Katanya, tahap kesedaran yang rendah bagaimanapun menyebabkan masih ramai yang melanggar peraturan dan tidak menghiraukan amaran bahaya menceroboh kawasan landasan.
"Masalah menceroboh dan melintasi landasan secara haram ini agak serius walaupun kempen kesedaran mengenai bahaya tindakan tersebut sudah lama dijalankan.
"Sehubungan itu, kajian bagi membina jejantas baharu di beberapa lokasi yang kritikal amat perlu kerana sekarang ini banyak kawasan perumahan wujud di sepanjang landasan dan ia sudah pasti menjadi satu keperluan kepada penduduk," katanya ketika dihubungi semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: