|
ULU hatinya bagai dirodok sembilu tajam, menghiris dan berdarah tak terhenti. Siapa yang gembira andai percerai- an menjadi pilihan akhir menamatkan hubungan rumah tangga yang sudah dibina lebih lapan tahun bersama-sama?
Tapi itu ketetapan yang Zahnita Dorothy Hussein Wilson pilih. Bercerai bukan bermakna berakhir sebuah impian, bagaimanapun itulah permulaan sebuah harapan baharu.
"Pilihan ini untuk masa depan saya dan kedua-dua anak saya, Zahrafeena dan Zasharayna membina kehidupan yang lebih cerah selepas ini. Saya tidak mahu menjadi hipokrit lagi!
"Saya sudah memfailkan tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suami saya pada 18 November lalu kerana kami bukan lagi ditakdirkan untuk hidup bersama.
"Jangan tanya kenapa tapi inilah keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak dan keluarga kami," jelas Zahnita secara eksklusif kepada Kosmo! ketika sesi fotografi baru-baru ini.
Terkejut apabila kisah berantakan rumah tangganya boleh sampai ke pengetahuan umum, Zahnita, 28, bagaimanapun akur dan nekad dengan keputusannya.
Setelah memfailkan saman terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor, 35, sebutan pertama kes penceraian pasangan itu akan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Rendah Shah Alam pada 19 Disember ini.
Lewat tahun 2011, Zahnita mengakui gosip rumah tangganya sedang bergolak, namun pasangan itu mengambil langkah awal untuk membetulkan keadaan daripada menjadi semakin parah.
|
Peluang terkubur
Tambah Zahnita, selepas seminggu membuat permohonan cerai akhirnya baru hari Jumaat lalu dia masih belum berpeluang untuk menyerahkan surat tuntutan tersebut kepada Abdul Zac- kery Ghouse memandangkan suaminya berada di luar daerah.
"Sudah banyak kali saya cuba memperbaiki hubu- ngan yang makin retak tapi tidak berjaya. Kami cuba berbincang dan pernah membawa kes ini untuk mendapatkan khidmat kaunselor perkahwinan, namun tetap gagal.
"Bukan senang untuk membuat keputusan ini, saya tidak menyesal dengan perkahwinan yang telah terbina selama tempoh lapan tahun ini. Bagaimanapun, saya menganggap mungkin kesilapan saya berkahwin terlalu muda.
"Ketika itu saya terlalu naif dan terburu-buru membuat keputusan tanpa berfikir panjang tapi syukur Alhamdulillah saya dikurniakan dua orang puteri menyerikan hidup saya selama ini," ulasnya lanjut.
Menyifatkan tidak harus 'membogelkan' kisah rumah tangga kepada khalayak umum, jelas Zahnita, dia harus akur sama ada sekarang atau kelak kisah perceraiannya akan sampai ke pengetahuan ramai.
"Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Saya sedia menjadi ibu dan bapa kepada kedua-dua anak saya. Disebabkan itu saya mengambil keputusan nekad ini," kata Zahnita menyeka empangan air matanya.
Sesi fotografi diserikan dengan kehadiran kedua- dua permata hatinya, Zarafeena, 6, dan Zasharayna, 1, yang sering mengusik ibunya ketika sedang bersiap.
Ibarat mewarisi bakat semula jadi ibunya beraksi di hadapan lensa kamera, Zarafeena dan Zasharayna barangkali sudah memahami perihal kehidupan seni dan ranjau yang ditempuh terdahulu oleh Zahnita.
"Merekalah kebahagiaan saya. Melihat mereka membesar di depan mata adalah suatu kegembiraan yang tidak tergambar oleh kata-kata. Mereka melengkapi hidup saya," tambahnya.
|
Comeback
Disebabkan keputusan yang telah diambil untuk menjalani kehidupan tanpa individu bergelar suami, Zahnita tekad mahu kembali ke bidang lakonan selain beraksi di pentas peragaan.
"Saya tidak akan menjadi model sampai umur 35 tahun, jadi inilah waktu paling sesuai untuk saya kembali ke layar perak.
"Lagipun, sepanjang tempoh 10 tahun tidak berlakon saya sangat merindui bidang itu. Saya kini lebih matang dan bersedia, malah pengalaman telah banyak mengajar saya.
"Kalau dulu saya tidak selesa, terkejut dan gagal mengawal situasi. Malah, keluar makan pun segan sebab orang kenal saya," kata pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja dan Kuliah Cinta itu.
Zahnita dalam pada itu mengakui yang kisah kontroversi dan peribadinya lebih mempopularkan namanya berbanding bakat atau kerjaya.
"Peribadi telah mencipta karier saya dan kisah kontroversi terlebih dahulu menolak saya ke depan berbanding hasil kerja saya dalam bidang seni.
"Saya tidak gusar dengan pelakon muda dan mungkin ada yang akan menganggap saya terlewat untuk kembali ke bidang lakonan.
"Sebelum ini saya banyak menolak tawaran berlakon kerana mahu memberikan tumpuan kepada keluarga. Sebenarnya, menjadi seorang ibu telah banyak mendidik saya menjadi seorang yang bertanggungjawab," jelasnya yang teringin menjayakan watak psiko dan seram.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: