- Mahendra (berdiri, lapan kiri) bersama pengusaha premis makanan daerah Lipis pada Majlis Pelancaran Program 1Daerah 1Lokaliti.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualaiti Makanan Jabatan Kesihatan negeri, Mahendra Abdul Manaf berkata, hasil pemeriksaan itu juga sebanyak 15 premis makanan telah diberikan gred B.
“Berdasarkan pada statistik dan pemeriksaan yang kita lakukan, 10 premis telah berjaya memperoleh markah melebihi 90 sekali gus melayakkan mereka memperoleh gred A.
“Bagi premis yang mendapat kategori B, bukanlah bermakna ia kekal sebaliknya boleh diteruskan ke tahap yang lebih baik jika pembersihan dilakukan berterusan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program 1 Daerah 1 Lokaliti ke Arah Premis Makanan Gred A dan Halal @ Lipis di Dewan Residen di sini, kelmarin.
Hadir sama Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Noridzuan Abd Manan; Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepeng-gunaan (PPDNKK) Jerantut, Che Hanafi Mamat dan wakil Pegawai Kesihatan daerah, Mohd Maher Ibrahim.
Mahendra berkata, daripada 25 premis berkenaan juga sebanyak 9 buah premis memiliki sijil halal sah yang semuanya dikeluarkan Jaip.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pengusaha makanan di negeri ini mengubah mentaliti dalam memajukan perniagaan, termasuk keperluan memiliki sijil halal dalam perniagaan mereka.
“Ketika ini, kebanyakan pengusaha tidak berminat untuk memiliki sijil halal dengan alasan hanya melakukan perniagaan kecil dan selaku orang Islam, produk mereka tidak harus diragui,” katanya.
Menurutnya, ini secara tidak langsung akan merugikan mereka sedangkan pengusaha lain, terutamanya dari kalangan bukan bumiputera sanggup bersaing untuk mendapatkan sijil halal demi memantapkan perniagaan dengan berusaha memenuhi segala kriteria.
“Justeru, saya mahu pengusaha-pengusaha ini (kaum Melayu) sentiasa memandang ke depan jika ingin maju dalam perniagaan mereka.
“Mungkin hari ini mereka hanya berniaga di sekitar kawasan kampung dan negeri ini namun, siapa tahu suatu hari nanti produk mereka mampu menembusi pasaran luar negara,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: