Friday, July 19, 2013
RM3.2 juta lesap
KUANTAN – Enam penjenayah yang bersenjatakan parang hanya mengambil masa tiga minit untuk melarikan pelbagai barangan kemas bernilai RM3.2 juta di Mentakab, Temerloh semalam.
Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, enam suspek yang memakai topeng datang ke kedai emas itu dengan menaiki dua buah kereta jenis Toyota Camry dan Honda Accord berwarna putih.
Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, kejadian berlaku ketika pemilik premis, Wang Jee Lin, 56, isteri dan anak lelakinya baru tiba untuk memulakan perniagaan.
“Sebaik pintu premis dibuka, empat suspek meluru ke arah tiga beranak itu sambil mengarahkan mereka mendiamkan diri sebelum mengaut 24 dulang barang kemas dan memasukkannya ke dalam kampit plastik.
“Keempat-empat suspek kemudian beredar bersama dua lagi rakan mereka yang menunggu di dalam dua buah kereta di luar premis,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: