Agihan itu dilakukan di Jalan Putra, di sini baru-baru ini bagi membolehkan mereka yang tidak dapat berbuka puasa akibat terkandas kerana kesesakan lalu lintas dapat menikmati juadah yang disediakan.
Pengarah Urusan JMD Sdn Bhd. Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali berkata, ia merupakan aktiviti kali ketiga syarikat itu selepas diperkenalkan pada tahun 2011 melibatkan artis-artis tempatan.
“Agihan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya ini adalah salah satu aktiviti yang kami lakukan bagi membolehkan mereka yang berpuasa dan terkandas di jalan raya tidak terburu-buru untuk pulang ke rumah kerana juadah telah disediakan kepada mereka untuk berbuka,” katanya kepada mStstar Online.
Menerusi aktiviti kali ini pihaknya turut mendapat kerjasama dari Hotel Seri Pasific. Bank Rakyat dan pihak berkuasa tempatan.
Malah lebih menarik lagi golongan yang kurang bernasib baik iaitu anak-anak yatim dari Persatuan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal Kampung Medan, Selangor turut diraikan.
Sementara itu Pengurus besar Seri Pasific Kuala Lumpur, Halim Merican berkata, aktiviti yang dikenali sebagai ‘Pautan Ramadan 2013’ ini turut memperlihatkan kesungguhan sukarelawan yang terdiri daripada penaja dan artis melakukan kerjasama memasak serta membungkus bubur lambuk.
Katanya, mungkin ada pihak yang beranggapan golongan artis enggan terlibat dalam aktiviti seumpama itu tetapi dengan adanya acara amal sedemikian, ia dapat menepis tanggapan tersebut.
“Alhamdulillah... aktiviti seperti ini benar-benar memberi ketenangan kepada saya kerana berpeluang menyediakan jadah kepada mereka yang berpuasa selain memperlihatkan kepada orang ramai, artis juga tidak segan untuk melakukan aktiviti-aktiviti amal seperti ini,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: