Monday, July 22, 2013
Bermain lumpur di Boryeong
BORYEONG, Korea Selatan - Terkenal sebagai antara lokasi lumpur terbaik di dunia, Festival Lumpur Boryeong bermula di Pantai Daecheon di sini pada Jumaat lalu.
Bandar ini terletak kira-kira 190 kilometer ke barat daya ibu kota Korea Selatan, Seoul.
Acara 10 hari itu yang menampilkan hampir 60 program menjadi antara daya tarikan utama kepada pelancong untuk melawat Korea Selatan.
Festival itu menampilkan pelbagai aktiviti unik seperti urut lumpur, pertandingan foto lumpur, pameran kosmetik lumpur dan parti irama hip-hop.
Konsert pembukaan festival itu pada Jumaat lalu pula menampilkan barisan penyanyi terkenal Korea Selatan seperti Ulala Session dan Dal Shabet.
Tiket untuk festival tersebut pula dijual pada harga 10,000 won (RM28.45) untuk pengunjung dewasa dan 8000 won (RM22.75) bagi remaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: