Sania
Sania
Pulih daripada penyakit Adenomyosis yang dihadapinya, kini penyanyi Sania yang terkenal menerusi lagu ‘Cintai Aku Lagi’ kembali aktif dalam bidang seni.

Sebagai permulaan, Sania mempromosikan single terbarunya “Tak Cinta Lagi”.

Menurutnya, dorongan berterusan dari keluarga dan peminat tercinta membuatkan dia semakin bersemangat untuk meneruskan nyanyian.

“Saya akui, dalam industri seni pastinya akan kelihatan wajah-wajah baru.

“Namun, dia bukan mematahkan semangat saya untuk teruskan minat dalam bidang nyanyian,” katanya.