Saturday, May 11, 2013

Pantau secara berkala


SEBAHAGIAN pokok tumbang akibat tanah runtuh di Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memantau kawasan hutan simpan dan kawasan bukit secara berkala bagi mengelak berulangnya kejadian tanah runtuh seperti Selasa lalu.
Rata-rata warga kota mahu DBKL dan agensi-agensi terlibat membuka mata dan tidak memandang ringan masalah yang berlaku.
Seorang warga kota di Dang Wangi, Suhaila Firdaus, 19, berkata, kejadian tidak diduga berlaku di kawasan tersebut memandangkan tempat kejadian bukan tapak pembangunan sebaliknya hanyalah hutan simpan.
“Saya harap pemantauan lebih rapi dibuat di semua kawasan berbukit selepas ini bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh," katanya di sini semalam.
Selain dari hutan simpan Bukit Nanas, empat lokasi lain yang berlaku kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang termasuklah di Jalan Salahuddin di sini yang melibatkan dua batang pokok besar berusia lebih dari 50 tahun, Jalan Kasah di Bukit Damansara dan Jalan Klang Lama di Taman Shanghai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: