Saturday, May 11, 2013
Ismail bersara wajib 17 Mei
KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar kecil) akan bersara wajib pada 17 Mei ini dan bukan meletak jawatan kerana desakan parti politik seperti yang didakwa sesetengah pihak. Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yusoof berkata, penyebaran berita mengenai peletakan jawatan Ketua Polis Negara di media sosial dan blog adalah fitnah dan berniat jahat.
“Majlis persaraan Ismail akan diadakan sehari sebelum tarikh persaraan beliau,” kata Ramli dalam kenyataan di sini semalam.
Ramli turut menegaskan bahawa keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah aman tanpa sebarang kekecohan atau huru-hara seperti yang didakwa di laman sosial.
Justeru orang ramai diingat agar tidak mempercayai fitnah yang disebarkan atau menjadi sebahagian daripada penyebar fitnah dengan memanjangkan dan berkongsi dakwaan yang tidak berasas itu di laman sosial.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: