“Dengan mempunyai pelbagai pilihan kereta hibrid, Honda telah mengekalkan kedudukan nombor satu di dalam segmen hibrid pada tahun lalu,” menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.
“Sehingga April lalu, lebih 16,300 unit kenderaan Hibrid Honda telah berada di atas jalan raya Malaysia dan daripada jumlah itu, hampir 2,460 adalah Hibrid Civic,” katanya.
Syarikat itu mengumumkan semalam bahawa Hibrid Civic kini dilengkapi dengan keupayaan kamera belakang untuk berundur dan sistem telefon bebas tangan.
Kenderaan itu boleh didapati dalam tiga warna iaitu putih metalik, putih mutiara dan hitam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: