Syarikat itu kini mempunyai tiga produk minuman herba Bio-J, Bio-99 dan Bio-Prof serta madu asli Bio-Bee.
“Minuman Bio-J dan Bio-99 akan dikapsulkan dalam tempoh setahun setengah lagi dan kami juga sedang menghasilkan produk untuk penyakit saraf yang dijangka akan mula dipasarkan dalam tempoh enam hingga sembilan bulan dari sekarang,” menurut pengasas produk minuman herba itu.
Badaruddin yang juga ahli Majlis Pembangunan Herba Negara berkata, jualan tahun lalu mencapai sasaran RM5 juta dan untuk tahun ini, beliau menyasarkan pertumbuhan jualan sebanyak tiga hingga lima peratus.
“Di Malaysia kini, hampir lapan juta orang mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi dan kolesterol jadi perniagaan ini ada potensi untuk berkembang.
“Memang banyak penggiat industri herba yang menawarkan pelbagai produk tetapi kami memfokuskan kepada kualiti,” katanya mengenai persaingan dalam industri itu.
Menurut Badaruddin, pasaran produk herba di dunia bernilai AS$200 bilion (RM593 bilion) pada 2008 dan dijangka meningkat sehingga AS$5 trilion (RM14.8 trilion) pada 2020 manakala di Malaysia, pasaran herba dijangka bernilai RM2.2 bilion menjelang 2020.
Badaruddin berkata, perniagaan produk berasaskan herba itu dimulakan pada 2010 dengan formula pertama dihasilkan adalah Bio-J.
Produk itu mengambil masa tiga tahun bermula 2008 untuk dihasilkan, menggunakan ramuan seperti buah hayat atau castella, yang terkenal dengan keberkesanannya merawat penyakit jantung.
Sementara itu, Bio-99 yang dirumus daripada herba dikenali sebagai kumango berfungsi bagi merawat ketumbuhan seperti fibroid, kanser, buasir, gout, bisul serta kencing manis manakala Bio-Prof bagi penyakit seperti kanser prostat, gastrik dan migrain.
Menurut Badaruddin, syarikatnya juga telah pun melaburkan lebih RM5 juta bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sejak hampir tiga tahun lalu.
Produk keluaran Nasar Teguh itu dijual antara RM40 sehingga RM 120 sebotol melalui 100 stokis dan ejen di seluruh negara selain tempahan melalui laman web.
Badaruddin berkata, syarikat itu juga telah mengeksport produk keluarannya ke Brunei dan Indonesia serta merancang menembusi Filipina dan selatan Thailand tahun ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: