Kereta elektrik Nissan Leaf
Kereta elektrik Nissan Leaf
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, pengedar tunggal kereta Nissan di Malaysia, akan melancarkan kereta elektrik Nissan Leaf pada suku ketiga tahun ini, menurut Pengarah Eksekutifnya Datuk David Chen.

Perluasan rangkaian stesen mengecas kenderaan elektrik (EV) di Kuala Lumpur dan bandar raya lain di Malaysia akan menyokong pelancaran Nissan Leaf yang ditunggu-tunggu itu, katanya kepada pemberita semasa pelancaran stesen EV terbaru di
Bangsar Shopping Centre (BSC).

Chen berkata, stesen EV itu dibangunkan hasil inisiatif sektor swasta yang menyokong usaha kerajaan dalam penjagaan alam sekitar mesra alam, menggalakkan mobiliti dan membuka infrastruktur EV di Malaysia.

“Kami sangat bangga kerana BSC menyertai kami dalam berkongsi wawasan dan komitmen ke arah alam sekitar lebih hijau serta gaya hidup sihat,” katanya.

Stesen EV di BSC itu adalah yang keempat