Tuesday, February 19, 2013

Tyson dan Holyfield berdamai


HOLYFIELD dan Tyson mempromosikan sos barbeku jenama Holyfield's Real Deal di Chicago, Amerika Syarikat.


CHICAGO - Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson dilaporkan memeluk bekas lawannya, petinju Evander Holyfield ketika mereka bertemu di sini, lapor akhbar The Sun semalam.
Dia yang berusia 46 tahun muncul di sebuah pasar raya di Chicago di mana seteru lamanya mempromosikan produk sos jenama Holyfield's Real Deal.
"Saya suka Holyfield. Saya akan sentiasa dikaitkan dengannya sepanjang hidup saya," kata Tyson.
Tyson pernah menggigit telinga kanan Holyfield dalam satu perlawanan tinju di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) pada 28 Jun 1997.
Petinju yang berasal dari New York, AS itu turut dihalang menyertai sebarang pertandingan tinju selepas kejadian tersebut.
Sementara itu, Holyfield, 50, kelihatan gembira bertemu Tyson.
"Dia menghargai bahawa saya memaafkannya," kata Holyfield.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: