Dia juga di tuduh bersekedudukan dan bertindak biadab terhadap keluarga bekas teman lelakinya, iaitu bekas anggota kumpulan Max:247, Mohd Fairuz Shaari (Alloi).
Biarpun pelbagai tuduhan dilemparkan, Salwa mengambil pendekatan berdiam diri sehinggalah segalanya kini kembali reda.
Ketika ditemui media baru-baru ini, Salwa menjelaskan, dia enggan melayan sebarang cerita atau kontroversi murahan berkaitan dirinya dan mahu memberi perhatian terhadap karier seninya dengan nama yang baru.
"Saya akui, ketika mula-mula diterjah dengan pelbagai tuduhan, bohonglah saya sebagai manusia biasa tidak merasa tertekan. Tetapi apabila saya keluarkan kenyataan, mereka bagi kenyataan lain dan saya tidak mahu terus-terusan melawan kenyataan.
"Tapi saya bersyukur kerana pengalaman itu menjadikan saya lebih matang dan tahun ini saya mahu membuka lembaran baru dan mahu memberi perhatian terhadap bidang seni sahaja," katanya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ahmad ini berkata, sebagai permulaan, dia menukar namanya bagi memperkenalkan semula dirinya dalam bidang seni.
"Saya kini sedang giat menyiapkan klip video dan single terbaru saya, Hidup Baru yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Saya harap, tuah menyebelahi saya dan single kali ini popular seperti single terdahulu," katanya.
Ceburi pelbagai bidang
Tidak terhad dalam bidang nyanyian sahaja, Salwa berkata, dia turut menerima tawaran lakonan dan berharap kedua-dua kariernya itu akan berjalan seiring. "Bagi saya, peluang itu tidak datang banyak kali dan tidak salah untuk saya mencuba dalam bidang lakonan pula. Penyertaan saya dalam bidang lakonan bukan kerana saya kurang popular dalam bidang nyanyian, tetapi lebih kepada minat dan percubaan.
"Insya Allah selepas ini, jika di beri peluang, saya teringin mencuba bidang pengacaraan pula," katanya.
Dalam pada itu, Salwa berkata, dia berdebar menanti reaksi penonton terhadap lakonan dalam filem pertamanya, Kerat 14.
"Menerusi filem ini, saya menjayakan watak sebagai pegawai polis dan saya rasa seperti kembali bertugas. Saya rasa penonton akan menyukai lakonan saya dalam filem ini," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: