Friday, February 1, 2013

Rihanna kembali jadi kekasih Chris Brown


RIHANNA menjadi gadis muka depan majalah Rolling Stones isu Februari 2013.


LOS ANGELES – Bintang pop, Rihanna mengesahkan bahawa dia dan bekas kekasihnya, penyanyi Chris Brown kembali bercinta, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Penyanyi yang kini popular menerusi lagu Diamonds mendedahkan perkara itu selepas beberapa bulan pasangan tersebut intim semula.
Dalam satu wawancara bersama majalah hiburan Rolling Stone, Rihanna mengakui, orang luar mungkin menganggap itu bukan satu keputusan terbaik, sama ada untuk dirinya atau Brown.
“Saya tidak akan membiarkan pendapat orang lain mempengaruhi keputusan ini. Walaupun jika ia satu kesilapan, ia salah saya. Saya boleh menghadapinya,” kata Rihanna.
Rihanna, 24, juga mendedahkan bahawa dia percaya hubungan mereka semakin pulih selepas insiden dipukul Brown beberapa tahun lalu.
Penyanyi lagu Don't Judge Me berusia 23 tahun itu pernah memukul Rihanna menjelang Anugerah Grammy pada tahun 2009.
Rihanna mengakui dia tidak memandang ringan tentang perangai buruk Brown. Namun, dia mempercayai penyanyi R&B itu dan berasa selamat bersamanya.
Pasangan berkenaan mula berdamai pada Mac tahun lalu selepas Rihanna bekerjasama merakamkan lagu Birthday Cake dengan Brown.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: