Kebanyakan mereka berharap agar Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, kuat dalam menempuh fasa kehidupan baru selepas Sharnaaz membuat kenyataan mahu melupakan terus Shila dalam hidupnya.
Luahan itu disampaikan menerusi Twitter milik Shila pada Rabu selepas penyanyi lagu Patah Seribu itu dilihat kembali aktif berhubung dengan peminatnya menerusi laman sosial berkenaan selepas dikatakan menghilangkan diri sebelum ini.
“Kami harap, ‘hanpa’ (kamu) tabah... Sama macam kami,” ujar pelakon Almy Nadia yang juga terkejut apabila kekasihnya Fizz Fairuz tiba-tiba bertunang dengan orang lain secara senyap.
“Allah mengetahui kita yang terbaik,” kata Ana.
Selain itu pelakon Zoey Rahman, Jihan (Raja Lawak) dan deejay Era FM, Adi Fashla turut mendoakan kejayaan Shila selepas penyanyi itu memuat naik mesej yang antara lain mengatakan mengenai kehidupan barunya sekarang.
Sementara itu dalam entri terbaharu Twitter milik Shila, penyanyi itu bersyukur kerana Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 28, pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya selama ini.
“Walaupun kita tidak boleh bersama-sama pada akhirnya, tetapi saya bersyukur anda pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Saya doakan terbaik untuk kejayaan anda,” kata Shila.
Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.
Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut.
Pada 8 Februari lalu Shila memuat naik rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu, dalam YouTube selain dilaporkan hilang oleh bapanya, ND Lala.
Bagaimanapun Shila akhirnya muncul dalam persembahan bersama bintang Korea iaitu Psy di Pulau pinang pada Isnin lalu tetapi enggan memberi sebarang kenyataan.
Sharnaaz seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia pada Rabu pula bertekad untuk melupakan terus Shila dalam hidupnya selain kurang senang dengan sikap ND Lala yang tidak memberi ruang kepada kekasihnya itu untuk membuat keputusan dalam hidup.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: