SINGAPURA: Jumlah filem yang diterbikan karyawan Malaysia
mencatat peningkatan hampir tiga kali ganda tahun lalu berbanding
tahun-tahun sebelumnya.
Pengarah Promosi dan Pemasaran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
Malaysia (Finas), Abd Khalid Maulod berkata, sejumlah 73 buah filem
ditayangkan di pawagam sepanjang tahun lepas berbanding 49 filem pada
2011, 39 filem pada 2010 dan 27 filem pada 2009.
"Peningkatan ini menunjukkan industri filem Malaysia berkembang
dengan pesat" katanya ketika membicarakan topik yang bertajuk 'Halatuju
Industri Perfileman Malaysia - Harapan dan Cabaran' dalam sesi bual
bicara filem di sini sempena Anugerah Seri Temasek yang akan berlangsung
malam Sabtu.
Anugerah tersebut adalah bagi mengiktiraf karyawan seni Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Abd Khalid berkata, Finas sudah mengenal pasti tiga festival tahun
ini untuk disertai oleh penerbit Malaysia sebagai satu lagi usaha
mempromosi dan memasarkan filem tempatan ke peringkat antarabangsa.
Festival berkenaan ialah European Market di Berlin, Cannes Film Festival di Perancis dan American Film Market di California.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: