
ABDUL AZIZ bersalaman dengan wakil
Persatuan Gabungan Orang Cacat Malaysia, Bathmavathi sambil diperhatikan
Wan Ahmad (berdiri paling kanan), Ketua Eksekutif Institut Demokrasi
dan Hal Ehwal Ekonomi, Wan Saiful Wan Jan (kiri), Pengarah Program
Merdeka Center, Ibrahim Suffian (dua dari kiri) dan Pengerusi Pusat
Kajian Dasar Awam, Tan Sri Ramon Navaratnam selepas majlis penyerahan
surat pelantikan pemerhati PRU-13 di Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik 16 badan bukan kerajaan (NGO) sebagai pemerhati perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, NGO yang dilantik diberi tempoh sebulan bagi menyerahkan senarai biodata petugas dan kawasan Parlimen yang dipilih untuk keperluan persiapan latihan serta penyediaan pas khas pemerhati.
“Mereka yang dilantik akan bertanggungjawab menyediakan laporan lengkap hasil pemantauan sebelum diserahkan kepada SPR,” katanya selepas majlis penyerahan surat pelantikan sebagai Pemerhati Tempatan PRU-13 kepada 16 NGO di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: