Suri menunjukkan cincin yang sepatutnya disarungkan ke jarinya di hari bahagianya berkenaan.
Perkara itu berlaku apabila lelaki yang sepatutnya mengahwini wanita berkenaan memberitahu wangnya RM18,000 termasuk wang hantaran RM12,000 dirompak.
Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Suri mendakwa, dia menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada lelaki berkenaan yang mengatakan dia dirompak di Sungai Dulang pada Isnin minggu lalu.
“Sepatutnya dia memberi wang hantaran sebanyak RM12,000 pada hari terbabit, sebaliknya saya menerima SMS daripadanya mengatakan wang yang dikeluarkan dari sebuah bank sebanyak RM18,000 dirompak.
“Curiga dengan mesej yang diberikan, saya membuat pemeriksaan di bank terbabit dan mendapati dia tidak mempunyai akaun seperti yang dinyatakan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di sini, semalam
Suri berkata, walaupun curiga, dia bersama lelaki berkenaan kemudiannya membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
"Namun setelah membuat laporan polis, kemudiannya dia memberitahu hanya RM8,000 pula duitnya dirompak,” katanya.
Berikutan itu katanya, dia mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinannya kerana berasa tertipu.
“Saya tidak sangka dia sanggup berbuat demikian kepada saya dan keluarga sehingga menjatuhkan maruah kami,” katanya.
Suri berkata, dia sekeluarga akan membuat laporan polis dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerugian lebih RM20,000 yang dialaminya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad mengesahkan menerima laporan polis mengenai seorang yang didakwa dirompak.
Katanya, polis sedang dalam proses siasatan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: