Sunday, November 25, 2012

Berenang bentuk anak lebih cergas




AKTIVITI berenang bukan sahaja memberi manfaat kepada perkembangan otot kanak-kanak malah sukan itu turut membentuk pemikiran yang lebih baik.
Satu kajian membabitkan sekumpulan kanak-kanak di Australia mendapati berenang membantu kecergasan mereka.
Kajian ke atas 7,000 kanak-kanak di Institut Kajian Pendidikan Griffith, Universiti Griffith mendapati bahawa terdapat perbezaan signifikan antara kanak-kanak yang berenang berbanding kumpulan yang memilih sukan lain.
Bagaimanapun menurut ketua pengkaji, Prof. Robyn Jorgensen, penemuan tersebut mendapati bahawa jantina anak tidak mempengaruhi perkembangan kecergasan.
“Mereka yang berenang memiliki kemampuan visual motorik seperti memotong kertas, mewarna, melukis dan melakukan tugasan matematik dengan lebih pantas dan cergas.
“Melatih kanak-kanak berenang boleh membantu perkembangan otaknya sebelum melangkah ke alam prasekolah,” kata Jorgensen.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: