Monday, November 26, 2012

Pengantin Siam kahwin ikut tradisi Melayu


SIRY (tengah) dan Osot (dua dari kiri) diarak dengan tiupan serunai dan paluan gendang pada majlis perkahwinan yang berkonsep tradisi Melayu di Jitra semalam.


JITRA – Biarpun berbeza agama dan adat resam namun sepasang raja sehari keturunan Siam di Kampung Bemban di sini memilih untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tradisi Melayu.
Antara tradisi Melayu yang ditonjolkan pada majlis perkahwinan Siry Chem, 35, dan pasangannya, Osot Prayun, 41, ialah ia bermula dengan upacara merenjis oleh keluarga pengantin perempuan dan tetamu.
Pasangan tersebut kemudian diarak ke dewan makan dengan diiringi alunan tiupan serunai dan paluan gendang manakala tetamu dihidangkan masakan Melayu seperti nasi minyak, lauk kari daging, sambal udang dan daging masak hitam.
Siry anak sulung daripada tiga beradik berkata, konsep yang dipilih bertujuan menghidupkan suasana 1Malaysia pada majlis perkahwinan yang dilangsungkan selama dua hari bermula Jumaat lalu.
“Walaupun saya dan suami keturunan Siam namun kehidupan kami berlatarbelakangkan masyarakat Melayu, jadi kami tidak berasa kekok untuk meraikannya.
“Konsep ini turut memberi kelainan dalam keluarga saya memandangkan majlis perkahwinan dua adik saya sebelum ini berkonsepkan adat keturunan Siam,” katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: