Hukuman diputuskan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly selepas lelaki berusia 31 tahun itu mengaku bersalah.
Tengku Bazli Tengku Nong Idris didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Taman Teluk Baru, Jalan Guchil Bayam di sini, 5 November lalu.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, tertuduh meminta RM10 dari Tengku Norazila, 40, untuk membeli dadah sebelum mengamuk kerana permintaannya tidak dipenuhi.
Dia bukan sahaja merosakkan harta benda di rumah tersebut malah turut mengugut akan mencederakan Tengku Norazila.
Susulan kejadian, Tengku Norazila. membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan tertuduh, hari sama.
Pada prosiding semalam, Mohd Fazaly Ali mengarahkan hukuman berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: