Menurut Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul, antara pencalonan yang berjaya direbut adalah menerusi kategori Rancangan Realiti Terbaik dalam What Men Want, manakala drama bersiri epik The Descendant menerima lima pencalonan keseluruhan.
"Saya amat gembira melihat hasil produksi tempatan yang disiarkan di ntv7 berjaya dicalonkan dan berpeluang merebut kategori-kategori yang dipertandingkan.
"Drama itu turut dicalonkan bagi kategori Lagu Tema Terbaik manakala sebuah lagi pencalonan bagi kategori sama adalah menerusi drama bersiri Laws of Attraction," katanya menerusi siaran media yang diberikan kepada mStar Online.
Tambah Airin, Jojo Goh yang berlakon dalam Forget Me Not dan Miao Miao (Happy Family) masing-masing turut dicalonkan bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
Selain itu Happy Family juga dicalonkan bagi kategori Lakon Layar Drama Terbaik.
Sebanyak 248 penyertaan diterima untuk tahun ini dari 13 buah negara di mana jumlah itu telah disenarai pendekkan.
Menerusi tahun ke-17 penganjurannya, ATA2012 bakal memartabatkan dan memberi pengiktirafan kepada pencapaian hebat oleh stesen penyiaran atau menerusi rangkaian kabel dan satelit serta rumah produksi yang mengambil bahagian dan terpilih.
ATA2012 bakal berlangsung pada 6 Disember depan di Hotel Shangri-La, Singapura.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: