Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 28, berkata, dia menyuarakan hasrat itu kerana hatinya sudah lama tertarik dengan sikap baik hati dan keikhlasan wanita berusia 39 tahun itu.
“Dia seorang wanita yang baik dan ikhlas. Jika tertulis ada jodoh antara kami, saya tidak menolak.
“Saya akui memang menyukai Che Ta tetapi lebih daripada itu saya tidak boleh komen,” luahnya ketika dihubungi mStar Online, baru-baru ini.
Ujar Zain, walaupun gosip yang mengaitkan mereka seolah tidak pernah berakhir, hubungan mereka pada waktu ini masih lagi sekadar teman biasa.
“Memang saya mahu dan tertarik pada dia tetapi kami hanya berkawan pada masa ini. Saya tidak nafikan mahu menjalin hubungan melebihi apa yang kami lalui sekarang.
“Kalau benar ada sesuatu yang terjalin antara kami, sudah tentu saya akan berkongsi dengan khalayak,” terangnya.
“Drama itu akan menjalani penggambaran di Malaysia dan India tetapi saya belum pasti bila jadual penggambaran di sana akan bermula.
“Pada masa ini, saya masih menjalani penggambaran drama bersiri KL Drift The Series di bawah Skop Productions.
“InsyaAllah, selepas itu penggambaran drama Oh My English bagi musim kedua pula menyusul pada Januari depan,” tuturnya.
Terbaru, aktor berdarah kacukan itu didakwa berasa cemburu ekoran keintiman Rozita dengan pelakon baru, Shah Iskandar di lokasi penggambaran.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: