Monday, November 26, 2012

Tip kekal rumah tangga Crawford


CINDY CRAWFORD bersama suaminya, Rande Gerber dan sepasang anak mereka, Presley dan Kaia.


MODEL yang berasal daripada Illinois, Amerika Serikat, Cindy Crawford, 46, memberikan tip pernikahan agar kekal bahagia iaitu dengan menganggap pasangan sebagai sahabat. Crawford dan suaminya, Rande Gerber sudah menjalin hubungan selama 20 tahun.
Tahun ini, usia perkahwinan mereka memasuki tahun ke-14 dan telah dikurniakan sepasang anak iaitu Presley, 13 dan Kaia, 10.
"Kami telah bersama selama 20 tahun dan menjalin hubungan seperti sahabat. Kami sentiasa saling menghargai antara satu sama lain dan melakukan aktiviti-aktiviti kesukaan bersama," ujar Crawford.
Crawford memuji suaminya sebagai seseorang yang menarik dan baik. Disebabkan itu, sehingga kini supermodel itu sangat mencintai suaminya.
"Hidup ini penuh dengan tekanan, lebih-lebih lagi apabila umur semakin meningkat, tetapi kami selalu meluangkan waktu bersama. Suami saya suka berjenaka dan apa yang diucapkannya sering mengundang tawa," ungkapnya.
Cerita Crawford itu diakui oleh Gerber dan menganggap isterinya itu sebagai perempuan paling cantik di dunia.
"Saya melihat dia sekarang sama seperti pertama kali berkenalan. Setiap pagi dan ketika mahu tidur, saya akan memandang wajahnya dan berasa sangat beruntung," ungkap Gerber ketika ditemu bual oleh majalah Haute Living.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: