AJL27: Hafiz pertaruh 2 lagu di final
Barisan finalis yang bakal bersaing di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 27, Januari depan. - Foto Sinar Harian Muhammad Zulfadhli Ahmad Zaki
AJL27: Hafiz pertaruh 2 lagu di final
Penyanyi jemputan, Datuk AC Mizal, Fida dan Stellar membawakan Apa Ko No Eh Jang memeriahkan pentas separuh akhir. 
SELEPAS lebih tiga minggu debaran menanti finalis, 12 lagu sah mendapat tiket ke Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) lewat malam tadi.

Dua belas lagu bakal berentap pada 6 Januari ini.

Juara Akademi Fantasia, Hafiz satu-satunya penyanyi yang bakal ke pentas akhir dengan mempertaruhkan dua lagu yang dinyanyikannya, iaitu Ku Akui ciptaan Ajai dan Ombak Rindu ciptaan Zaidi.

Hafiz akan berduet dengan Adira bagi lagu runut filem Ombak rindu tersebut.

Selain Hafiz, juara Asian Wave 2012, Shila Amzah juga berjaya menempah tiket ke peringkat akhir melalui lagu ciptaannya, Patah Seribu.

Komposer terkenal tanah air, Edry Abdul Halim yang mempertaruhkan empat lagu ciptaannya ke pentas separuh akhir akhirnya berjaya menempa satu tiket menerusi Andaiku Bercinta Lagi nyanyian Mojo selepas lagu Sebelah Jiwaku, Pencinta Terbaik dan Kasanova gagal.

Lagu Teman Pengganti ciptaan rapper terkenal, Malique yang disampaikan oleh Black dan RJ turut diumum sebagai finalis AJL27.

Sementara itu, lagu ciptaan Bo Amir Iqram berjudul Lagu yang dinyanyikan Bedroom Sanctuary minggu lalu dalam versi akustik, nyata berjaya mencuri perhatian juri sehingga terpilih ke peringkat seterusnya.

Pertaruhan pertama Amir Jahari menerusi lagu Tanpamu memberi ruang kepadanya untuk beraksi di pentas akhir AJL27.

Tiga lagu lain yang membuat persembahan malam tadi, namun gagal ke peringkat akhir iaiti Harapan-Hyper Act, Panik-Bunkface dan Mesti Ada Cinta-Fiq&Akim.

Senarai 12 Lagu yang layak ke peringkat akhir:

1. Idola - Azlan&The Typewriter/Audi Mok/Azlan
2. Pelangi Senja - Stacy/Taja/Tun Teja
3. Anak Kampung - One Nation Emcees&Jimmy Palikat
4. Terukir Di Bintang - Yuna/Yuna/Yuna
5. Tanpamu - Amir Jahari/Amir Jahari/Amir Jahari
6. Ombak Rindu - Hafiz & Adira/Zaidi/Zaidi
7.  Bedroom Sanctuary - Bo Amir Iqram
8. Teman Pengganti - Black&Malique/Malique/Malique
9. Simetri - Hazama&Amy Search/Audi Mok/Zal Firdhaus Haduan
10. Andaiku Bercinta Lagi - Mojo/Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim
11. Patah Seribu - Shila Amzah/Shila Amzah/ Shila Amzah
12. Ku Akui - Hafiz/Ajai/Ajai