Lelaki berusia 41 tahun itu diperintah menjalani hukuman penjara selama 24 bulan oleh Majistret Muhamad Hafiz Mohd Noor.
Mohd Razi Hussein sebelum itu mengaku meminta duit dari bapanya, Hussein Hassan, 74, sebelum mengamuk dan cuba menetak warga emas itu dengan parang selepas permintaannya tidak dipenuhi.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut pada jam 9 malam, 18 November lalu, di rumah keluarganya di Kampung Sireh Bawah Lembah, di sini.
Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nabilah Nizam memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh berikutan kesalahan itu boleh mengundang jenayah lebih berat.
“Rayuan tertuduh mengatakan dia menanggung keluarganya adalah terbalik dengan kejadian ini. Sepatutnya seorang anak bertanggungjawab menjaga ibu bapa yang tua dan uzur.
“Malangnya dalam kes ini dia pula yang mengamuk dan cuba cederakan ibu bapanya hanya kerana wang diminta tidak diberikan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: