Friday, September 14, 2012

Tudung bawal tak lapuk

SELESA...bawal menggunakan batik tie-dye memberi keselesaan kepada pemakai.
SELESA...bawal menggunakan batik tie-dye memberi keselesaan kepada pemakai.

MENARIK, mudah dipakai dan dibentuk antara ciri yang dititikberatkan sebelum memilih selendang atau tudung untuk dipakai sepanjang hari. Antara fabrik yang menjadi kegemaran pengguna sejak dulu hingga sekarang adalah kapas.

Walaupun terus mengekalkan penggunaan kain kapas, ada juga pereka atau pengeluar tudung itu yang ingin memberi kelainan kepada pemakai untuk tampil anggun dan sopan setiap hari.

  • Foto

    MUDAH...bawal mudah dipakai dan dibentuk menjadi aksesori penting untuk tampil sopan.

  • Foto

    KASUAL...pemakaian selendang batik juga mampu menonjolkan gaya kasual.

  • Foto

    KREATIF...penggunaan batik diterapkan pada selendang bagi memberi pilihan kreatif kepada pengguna.

  • Foto

    ANGGUN...corak menarik membuatkan penampilan tampak lebih yakin.

  • Foto

    KEMAS...corak abstrak memberi keunikan pada penampilan kemas.

Ia tidak dinafikan pemilik butik secara dalam talian, Pelangi by Sisters, Tengku Intan Farina Tengku Ahmad Tajuddin dan Erne Juliana Mohd Nasir.

Keinginan dan permintaan pelanggan membuatkan dua sahabat ini sentiasa mencari kelainan dalam menampilkan koleksi tudung dan selendang kepada penggemar jenamanya.


Selain kain kapas, salah satu jenis kain yang dipilih untuk tampil kreatif adalah batik. Walaupun ada sesetengah pihak menganggapnya klasik, disebabkan coraknya yang moden dan selesa dipakai, pemilik butik itu tetap memilihnya untuk diketengahkan kepada pelanggan.


“Misalnya, kami memilih batik dari Malaysia sebagai selendang kerana ia mempunyai potensi untuk lebih digemari ramai apatah lagi corak abstraknya yang tampak moden.

“Disebabkan dunia Muslimah masa kini yang cenderung berfesyen, pemilihan selendang atau tudung juga begitu penting bagi memberi kelainan daripada segi corak dan warna.

“Pemakaian selendang mengikut kesesuaian dan kegemaran akan menonjolkan penampilan diinginkan asalkan mereka yakin serta pandai menggayakannya,” katanya yang memulakan perniagaan menjual selendang pada Julai 2011.

Jelas pemilik yang bersahabat sejak alam persekolahan itu lagi, selain batik berbentuk abstrak, mereka juga ada menampilkan koleksi bawal daripada jenis sama, tetapi cara penghasilannya berbeza.

Batik tie-dye yang dihasilkan melalui proses mencelup dengan teknik mengikat itu menjadi pilihan kepada jenamanya dalam memberikan penampilan istimewa kepada pengguna Muslimah.

Dipilih berdasarkan motif yang cantik, ringan dan selesa dipakai, ia membuatkan tudung bawal berkenaan sesuai digayakan untuk Muslimah yang ingin bergaya kasual ketika bekerja atau penampilan eksklusif jika ingin menghadiri majlis istimewa.

Kebanyakan koleksi yang ditampilkan bermula daripada saiz L hingga XL itu bagi memenuhi tuntutan Muslimah yang ingin memakai selendang lebih besar untuk kekal sopan.

Sesuai dengan konsep dan maksud Pelangi by Sisters, mereka lebih gemarkan koleksi yang membawa keceriaan serta berwarna-warni sebagai daya tarikan untuk wanita memakai tudung.

Selain itu, pemilihan koleksi yang ditampilkan bertujuan untuk memberi motivasi kepada generasi muda mendekatkan diri mereka dengan tudung atau selendang.

Bukan hanya menjual pelbagai jenis selendang dan bawal, jenama itu turut menerima tempahan selendang secara borong, anak tudung dan tasbih moden untuk dijadikan sebagai barang hantaran atau digunakan seharian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: