Wednesday, September 12, 2012

Pelakon Star Trek terima penghargaan

KOENIG memegang plak penghargaan dan berdiri di atas namanya di Walk of Fame di Hollywood.


LOS ANGELES - Aktor siri televisyen sains fiksyen Star Trek, Walter Koenig menjadi selebriti terbaharu menerima penghargaan di Walk of Fame di sini kelmarin.

Koenig, 75, yang memegang watak Chekov dalam siri Star Trek menerima plak pengiktirafan tersebut di Tinsel Town.

Dia disertai rakan-rakan pelakon Star Trek yang lain seperti George Takei dan Leonard Nimoy.

"Ini sesuatu yang anda harap dan impikan. Tetapi sesuatu yang anda tidak pernah jangka untuk benar-benar berlaku," katanya.

Majlis di sepanjang Hollywood Boulevard itu diadakan dua hari selepas ulang tahun ke-46 tayangan perdana Star Trek yang juga pernah menjadi sebuah filem hit.

Stesen televisyen NBC menghentikan siri televisyen Star Trek selepas hanya tiga musim ditayangkan pada tahun 1969 kerana mendapat rating yang rendah.

Namun, rancangan tersebut menjadi hit apabila mula ditayangkan semula pada tahun 1970-an.

Koenig yang memiliki ijazah bidang psikologi sebelum ini turut memegang watak Chekov dalam filem Star Trek pertama daripada tujuh filem tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: