Wednesday, September 19, 2012

Pajero Sport VGT kian diminati

VARIAN terkini Mitsubishi Pajero Sport VGT semakin menjadi perhatian ramai bukan sahaja kerana prestasi kenderaan itu yang tegap tetapi juga fungsinya membawa tujuh penumpang yang menonjol kepada pembeli yang mengutamakan keluarga.
Sejak diperkenalkan ke pasaran Malaysia setahun yang lalu, enjin diesel 2.5 liter Common Rail Mitsubishi diperakui bertenaga dan ekonomik. Ia dilengkapi dengan pengurusan kuasa enjin baru yang merangkumi Variable Geometry Turbo, yang mendorong kuasa maksimum dan paras kuasa kilas, masing-masingnya 178 kuasa kuda dan 350 Nm.
Teknologi Variable Geometry Turbo (VGT) menggunakan bilah kipas berubah-ubah bagi mengawal aliran ekzos terhadap bilah turbin, memastikan penyampaian terus-menerus udara segar tambahan kepada enjin untuk output dan prestasi optimum.
Kuasa kilas maksimum Pajero Sport VGT boleh dicapai secara meluas dari 1,800 hingga 3,500 rpm, memastikan pemecutan lebih kuat dan fleksibiliti. Kecekapan pengurusan enjin juga dipertingkatkan untuk kuasa yang lebih baik dan kecekapan bahan api.
Enjin VGT baru yang bertenaga ini juga memiliki kotak gear baru sebagai teman. Pajero Sport VGT memaparkan transmisi automatik 5-kelajuan baru dengan Mod Sport, satu nisbah ke depan lebih berbanding transmisi dalam Pajero Sport GS. Penambahbaikan ini memberikan penjimatan bahan api yang lebih baik selain daripada keseronokan dalam pemanduan, dibantu oleh pedal penukar magnesium pada kemudi roda.
Pajero Sport VGT dijual bersama Pajero Sport GS 4WD dan Pajero Sport GL 2WD, menawarkan pilihan lebih luas kepada pelanggan.
Ia boleh diperoleh dalam empat warna, Black Mica, Cool Silver, White Pearl dan Quartz Brown Metallic. Pajero Sport VGT yang diimport sepenuhnya ini dijual pada harga RM171,980 atas jalan termasuk insurans.
Keselesaan menaiki kabin tujuh kerusi adalah satu daripada kekuatan utamanya, iaitu luas dan versatile. Dengan ciri-ciri baru yang mengagumkan.
Pajero Sport VGT adalah satu daripada yang terbaik dalam kelasnya - saiz yang bertepatan bagi keluarga yang bertambah dan pada masa yang sama, memberi prestasi berkualiti, keselamatan dan boleh diharap.
Mitsubishi Motors adalah pemenang kategori pengeluar paling berjaya dalam sejarah Rali Dakar, dan warisan prestasi dan kecergasan dibina ke dalam Pajero Sport.
Kenderaan itu telah menerima pujian daripada pelanggan dan media sebagai kenderaan keluarga yang selesa dan luas. Kualiti kenderaan dipertingkatkan dalam Pajero Sport VGT, yang menambah sarung kulit kerusi mewah yang direka baru bagi kesemua tiga baris kerusinya, selain sistem hiburan paparan sentuh warna penuh 2-DIN dengan navigasi GPS sebagai peralatan standard.
Pajero Sport VGT juga dipasang dengan sistem 4WD Super Select Mitsubishi Motors bagi membolehkan ia melalui permukaan yang paling sukar. Sistem inovatif ini memberi pemandu pilihan untuk memilih mod pemanduan (2H, 4H, 4HLc, 4LLc) bagi pelbagai keadaan, sama ada untuk memaksimumkan penjimatan bahan api di atas jalan raya, atau untuk daya cengkaman maksimum di atas permukaan yang mencabar.
Ciri-ciri keselamatan lain termasuk beg udara berkembar, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Edaran kuasa-Brek Elektronik (EBD), Pembeza Had Terbabas (LSD) Hibrid dan pedal brek keselamatan, sekadar menyebut beberapa. Senarai peralatan standard turut merangkumi kawalan cruise, kawalan suhu automatik dan kamera semasa mengundur.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: