SELEPAS sekian lama menyembunyikan diri, akhirnya pelakon Kristen Stewart mula berbicara mengenai skandalnya dengan pengarah filem Snow White And The Huntsman iaitu Rupert Sanders.
Namun demikian, wanita berusia 22 tahun ini enggan menjawab mengenai status hubungannya dengan Robert Pattinson.
Dia juga mengakui belum bersedia sepenuhnya untuk muncul di khalayak kerana masih berasa kekok selepas insiden yang telah mencemarkan namanya itu.
"Saya tidak sekuat seperti yang disangka kerana saya tidak pasti bagaimana saya harus menghadapi masyarakat dan peminat," katanya dalam satu temu ramah dengan majalah Vogue.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: