KUALA NERANG, Padang Terap - Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah Padang Terap meminta orang ramai tampil memberi maklumat bagi mengesan ibu kandung atau waris seorang kanak-kanak lelaki, Nor Hafiz Alify, 7, yang ditinggalkan sejak 4 tahun lalu.
Pelindung kanak-kanak, Khamisah Saad berkata, kanak-kanak lelaki itu diserahkan oleh ibu kandungnya yang bernama Kamisah Barandi, 37, berasal dari Sabah kepada penjaganya, Sharipah Nik Zakaria yang tinggal di Kampung Baru Naiteh di sini tanpa sebarang dokumen.
Menurutnya, penjaga Nor Hafiz Alify mendakwa kanak-kanak itu ditinggalkan ibu kandungnya ketika berusia tiga tahun dan difahamkan sebelum itu ibu kandungnya tinggal di Bandar Puteri, Sungai Petani pada 2008.
“Sehingga kini Nor Hafiz Alify masih belum didaftarkan kelahiran memandangkan penjaga tiada hak sah dalam penjagaan kanak-kanak.
“Kes ini sudah dirujuk ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Kuala Nerang untuk mendapatkan perintah di bawah Subseksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001 dan kini dia diletakkan dalam jagaan sementara seseorang yang layak sebelum perintah tetap mengenai pemeliharaan dan jagaan diperoleh pada 28 Mei ini,” katanya.
Khamisah berkata, sehubungan itu, pihaknya memohon kerjasama ibu atau waris atau mana-mana individu yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kes itu dapat menyalurkannya supaya kanak-kanak itu dikembalikan kepada keluarga kandungnya.
Menurutnya, ia sekali gus bagi membolehkan kanak-kanak itu didaftarkan kelahirannya.
Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Khamisah atau Noor Suzana Mohd Noor di talian 04-7866466 atau penjaganya, Sharipah di talian 013-4313119.
Thursday, May 10, 2012
Waris kanak-kanak dicari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: