Wednesday, April 4, 2012

Vokalis Maaron 5 Berpisah Dengan Anne Vyalitsyna

Adam dan Anne telah rasmi berpisah selepas dua tahun menyulam cinta.

VOKALIS kumpulan Maroon 5 iaitu Adam Levine mengejutkan para peminatnya apabila telah memutuskan hubungannya dengan model terkenal iaitu Anne Vyalitsyna.

Berita itu didedahkan sendiri oleh Anne secara eksklusif kepada majalah People Today.

"Adam dan saya sudah tidak mempunyai sebarang ikatan lagi dan perpisahan ini adalah yang terbaik buat kami berdua ketika ini.

"Bagaimanapun saya tetap menghormati dirinya sebagai seorang teman baik," ujarnya.

Pasangan ini pertama kali bertemu ketika menghadiri pesta pada awal tahun 2010. Ketika itu Adam dijemput untuk mengadakan persembahan.

Sejak bertemu, Adam dan Anne dilihat sering menghabiskan masa bersama dan menyokong kerjaya seni masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: