Sunday, April 1, 2012

Selera Korea di Dubu Dubu


BULGOGI daging


GELOMBANG Korea’ yang melanda negara ini nampaknya bukan terhad setakat drama dan lagu bahkan apa saja produk negara itu termasuk makanannya.

Hidangan Korea yang terkenal dengan ramuan asli dan menyihatkan kini semakin diminati. Melihatkan trend itu, pemilik Restoran Dubu Dubu terdorong membuka fraincais pertamanya di Malaysia iaitu di Mid Valley Megamall.

Dubu Dubu bermaksud tofu iaitu sejenis makanan daripada soya yang cukup digemari di Korea. Di restoran ini, anda dapat menikmati pelbagai hidangan asli Korea dengan harga berpatutan.

Selain tofu, ramuan utama hidangan Korea seperti pes kacang, cili dan bawang putih disatukan dengan daging, rumpai laut dan sayur segar melengkapkan rasanya yang asli.

Bagi peminat K-Pop, rasanya tidak lengkap portfolio anda sebagai peminat jika tidak merasa sendiri Soondubu Jigae di Dubu Dubu – sup rebusan tulang ayam atau daging dengan makanan laut dan pastinya tofu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: