WALAUPUN sering bercumbuan dengan kekasihnya, Justin Bieber, di khalayak ramai, Selena Gomez mengakui dia malu dengan kelakuan itu lebih-lebih lagi momen tersebut dipaparkan secara meluas di media cetak dan elektronik.
Menurut laporan Aceshowbiz, penyanyi berusia 19 tahun itu sebenarnya kurang gemar menunjukkan kemesraannya dengan Justin dan tidak sangka ada sahaja jurufoto yang merakamkan gambar kemesraan mereka itu.
"Ia merupakan momen yang paling memalukan yang pernah terjadi pada saya.
"Kadang-kala saya berasa lucu dengan hal tersebut, ia kelihatan seperti pasangan muda yang hangat bercinta," katanya yang ditemubual dalam rancangan On Air With Ryan Seacrest pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, Selena berkata dia sebenarnya tidak keberatan untuk menayangkan aksinya bercumbu dengan Justin kerana ia sebagai tanda dia menyayangi Justin
"Jika Justin selesa dengan keadaan itu (bercumbuan di khalayak ramai), saya pun tidak akan ada masalah, saya menyokongnya dengan apa sahaja hal sekalipun," tuturnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: