Sunday, April 1, 2012

Pengakuan hijrah Afie




APA yang anda fikirkan tentang gadis yang pernah tinggal di Scotland selama enam tahun dan kembali ke Malaysia? Tentu anda membayangkan gadis ini seorang yang lincah atau dengan kata lain ‘lepas laku’.

Justeru menatap Afiqah Mohd. Zin, 22, pasti membuatkan anda terkesima.

Walau pernah melalui fasa bebas di rantau, didikan serta perhatian ibu bapa sentiasa membataskan perbuatan dan pergaulannya Baginya, usia muda bukan bermakna mudah terpengaruh dengan pelbagai gejala sosial.

Itulah yang menjadi pegangan gadis yang mesra disapa Afie sebaik sahaja menyuarakan hasrat untuk hidup berdikari bagi membantu keluarga kira-kira empat tahun lalu.

“Saya membesar di Scotland selama enam tahun ketika bapa melanjutkan pengajian doktor falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan di sana.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: