|
APAKAH persamaan antara buah epal, nota penghargaan dan cerita tentang kasih sayang ibu bapa kita?
Jawapannya terletak kepada kempen penghargaan MBG untuk ibu bapa, yang diadakan mulai bulan ini hingga Jun nanti.
Kempen Hari Ibu Bapa bertajuk Fruits of Love for Pa & Ma itu menawarkan pakej buah-buahan yang menarik termasuk epal segar.
Maklumat mengenai buah-buahan dan resipi yang menarik kini terdapat di semua kedai MBG.
Kad untuk menulis nota penghargaan untuk ibu bapa anda akan dikepilkan bersama pakej buah-buahan. Anda juga boleh menyertai peraduan dengan menghantar gambar anda bersama ibu bapa anda ke contest@mbg.com.my untuk merebut hadiah wang tunai dan bakul buah-buahan.
Anda boleh juga merakamkan gambar keluarga anda di kedai-kedai MBG untuk merebut peluang memenangi hadiah mingguan.
Di samping itu, MBG telah memperkenalkan kempen cerita pendek untuk menjemput orang ramai berkongsi cerita kasih sayang mereka kepada ibu bapa.
Sama ada anda masih bujang, baru mendapat cahaya mata atau sudah bertahun-tahun bergelar ibu bapa, kami mengalu-alukan gambar keluarga anda bersama-sama nota penghargaan untuk orang paling penting dalam hidup anda.
Menurut Pengarah Urusan MBG, Adnan Lee, di samping menghargai ibu bapa kita, inspirasi di sebalik inisiatif itu adalah untuk mencungkil cerita menyentuh hati yang boleh menjadi sumber inspirasi tentang ibu bapa di Malaysia.
Kempen tersebut boleh menjadi saluran dua hala iaitu anak-anak boleh menghargai jasa baik ibu bapa mereka, manakala ibu bapa pula boleh menceritakan tentang inspirasi dan cabaran semasa membesarkan anak-anak mereka.
Tentu ramai yang ingin tahu tentang cerita ibu bapa istimewa seperti ibu bapa paling tua atau paling muda di Malaysia, atau ibu bapa yang mempunyai ramai anak.
Cabaran mendiidik
Apa sahaja boleh diceritakan, asalkan coretan anda ada kaitan dengan kasih sayang ibu bapa!
Selain memenangi hadiah, cerita terbaik akan dipaparkan dalam talian untuk dikongsi dengan media sekali gus memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia.
"Kami percaya terdapat ramai ibu bapa dengan latar belakang berlainan yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran untuk mendidik, mengasuh dan membesarkan anak-anak mereka.
"Kesemuanya sayangkan anak-anak mereka dan sanggup melakukan sahaja untuk membesarkan anak-anak. Itulah kasih sayang tanpa syarat yang kami harap dapat dikongsi dengan kita semua," katanya.
Jadi, jika anda rasa anda ingin menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kepada ibu bapa anda dengan cara yang berlainan pada tahun ini, hantar gambar dan cerita pendek (tidak lebih daripada 100 perkataan) ke contest@mbg.com.my.
Tiga penyertaan yang terbaik akan menerima hamper buah-buahan MBG dan hadiah wang tunai sebanyak RM200. Bakul buah-buahan akan dihantar istimewa ke rumah mereka.
Bagi menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR), kakitangan MBG juga akan melawat rumah orang tua untuk menyampaikan buah-buahan sebagai tanda penghargaan kepada ibu bapa, khususnya warga emas.
Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kempen Fruits of Love for Pa & Ma MBG, sila ke laman web www.mbg.com.my.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: