SYARIKAT peralatan elektronik terkenal, Sony memperkenalkan produk telefon pintar terkini untuk siri Walkman sempena Konvensyen Sony 2012 di ibu negara baru-baru ini.
Model NWZ-Z1000 yang merupakan peranti Walkman pertama dipacu sistem operasi Android itu hadir bersama fungsi audio berkualiti serta dilengkapi inovasi sistem bunyi Sony terbaik.
Ia merangkumi lima teknologi bunyi yang benar-benar hebat iaitu Clear Audio, S-Master MX, Clear Base, Clear Audio dan Digital Sound Enhancement Engine (DSEE).
Kelebihan tersebut dilihat bakal memberi peluang kepada pengguna yang obses dengan muzik untuk menikmati pengalaman itu secara mobiliti dan lebih intuitif.
Daripada segi paparan, ia disempurnakan bersama skrin sentuh responsif bersaiz 4.3 inci untuk kemudahan mengakses aplikasi hiburan selain kapasiti memori binaan dalam 32 gigabit (GB).
Bagi memastikan pengguna dapat menikmati operasi telefon pintar itu dengan lebih lancar pula, model berkenaan disokong oleh pemproses Tegra dua teras.
Keunikan lainnya, ia turut tersedia bersama aplikasi DLNA untuk disambungkan terus kepada peranti televisyen bagi menyokong pelbagai permainan multimedia.
Walkman NWZ-Z1000 telah pun berada di pasaran dan boleh didapati di cawangan-cawangan Sony Store dan Sony Centre terpilih. Maklumat lanjut mengenainya sila layari laman www.sony.com.my.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: