Wednesday, April 4, 2012

Lelaki tukar jantina mungkin jadi peserta ratu cantik


talackova (kanan) bergambar pada satu pertandingan ratu cantik untuk golongan transeksual di Pattaya pada tahun 2010.


NEW YORK - Organisasi Ratu Cantik Universe yang beribu pejabat di sini mengumumkan kelmarin, seorang lelaki yang telah menjalani pembedahan untuk menjadi wanita, Jenna Talackova mungkin dibenarkan menjadi peserta.

Penyertaan Talackova, 23, sebelum ini dibatalkan oleh pihak penganjur Ratu Cantik Universe Kanada pada bulan lalu kerana dia didapati dilahirkan sebagai lelaki.

Pertandingan Ratu Cantik Universe di Kanada akan diadakan pada bulan depan.

Pengumuman itu dibuat di laman web Ratu Cantik Universe di Kanada.

Talackova dari Vancouver menjalani pembedahan penukaran jantina empat tahun lalu.

Pengguguran Talackova menyebabkan dia menerima simpati meluas dan mencetuskan persoalan sama ada pihak penganjur berhak mengklasifikasinya sebagai wanita.

Pertukaran jantinanya bukan menjadi satu rahsia lagi kerana dia pernah bertanding pada pertandingan ratu cantik untuk golongan transeksual di Pattaya, Thailand pada tahun 2010.

Dalam satu temu bual sempena pertandingan itu, Talackova menyatakan, dia menjalani kehidupan sebagai seorang perempuan sejak berusia empat tahun, menjalani terapi hormon pada usia 14 tahun dan menukar jantina ketika berumur 19 tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: