LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Pasukan kastam California Selatan merampas beberapa buah kereta mewah termasuk Ferrari, Mercedes dan Audi dalam operasi bagi menghalang kenderaan tersebut dieksport secara haram ke Asia.
Dalam serbuan di beberapa pelabuhan di Los Angeles dan Long Beach, kastam merampas 16 buah kereta mewah.
Pengarah Operasi Kastam dan Perlindungan Sempadan AS, Carlos Martel berkata, semua kenderaan itu termasuk empat buah lagi kereta yang dirampas dianggarkan bernilai AS$1.5 juta (RM4.5 juta).
Rampasan itu termasuk beberapa buah kenderaan utiliti sukan BMW dan Mercedes, sebuah kereta Audi Quattro dan sebuah Ferrari 458 keluaran 2010 berwarna hitam yang dianggarkan berharga AS$280,000 (RM853,580).
Menurut Martel, pencuri-pencuri terbabit menggunakan identiti palsu untuk menyewa atau bersetuju membeli kenderaan baharu tersebut dengan menipu pengedar, pemberi pinjaman dan syarikat insurans di sini.
Rampasan dibuat selepas pihak berkuasa menerima maklumat lokasi Ferrari yang dicuri daripada pengedar kereta berkenaan ekoran kenderaan tersebut dipasang dengan sistem pengesanan global.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: