ADAKAH kanak-kanak sekarang terlalu bergantung kepada ibu bapa dan pembantu rumah? Senario ini mungkin akibat kesibukan ibu bapa yang bekerja setiap hari dan juga kehidupan keluarga yang semakin bertambah baik dari segi ekonomi.
Cetuskan kreativiti anak-anak anda dengan memberi mereka kemahiran memasak secara berdikari dan memperolehi tabiat pemakanan yang lebih sihat dengan mengunjungi Sekolah Memasak Ayam Brand di KidZania Kuala Lumpur.
Ayam Brand, jenama yang tidak asing lagi di Malaysia dan Asia selama 120 tahun, telah menubuhkan Sekolah Memasak Ayam Brand di KidZania, Pusat Edutainment untuk kanak-kanak berumur antara empat hingga 14 tahun mengalami sendiri pengalaman menghidangkan masakan yang berkhasiat dan menyelerakan serta mudah untuk disediakan.
Sekolah Memasak Ayam Brand yang direka khusus untuk kanak-kanak ini dilengkapi dengan peralatan profesional dan diperiksa dengan teliti supaya ianya selamat dan mudah digunakan oleh kanak-kanak semuda empat tahun.
Dapur chef di sekolah memasak Ayam Brand ini mempunyai lapan stesen dan menu berasaskan bahan-bahan berkhasiat sentiasa ditukar ganti agar pengunjung yang datang semula akan sentiasa tercabar untuk memasak sesuatu yang baru.
Menurut Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Marie-Magali Falcoz, jenama ini percaya bahawa Sekolah Memasak Ayam Brand adalah titik permulaan yang baik untuk kanak-kanak yang gemar memasak dan kepada mereka yang sebelum ini malu untuk mencuba kerana sekolah memasak ini menjadikan penyediaan makanan yang rumit menjadi sangat mudah.
"Di Sekolah Memasak Ayam Brand di KidZania, kanak-kanak bukan bermain masak-masak, tetapi benar-benar menyediakan makanan yang berkhasiat di dalam persekitaran profesional yang bersih.
"Terdapat orang-orang dewasa untuk memberi bantuan sekiranya perlu tetapi seboleh-bolehnya kami mahu memberi kebebasan yang penuh kepada kanak-kanak ini kerana aktiviti memasak sebenarnya amat mudah dan menyeronokkan," kata Falcoz.
Bagi mereka yang meminati aktiviti memasak, suasana persekitaran serta peralatan di sini dapat memberi gambaran bagaimana rasanya menjadi tukang masak.
Bagi mereka yang tidak biasa menyediakan makanan sendiri pula, dengan adanya susun atur dapur yang sistematik dengan bahan-bahan yang sudah siap tersedia dapat membina keyakinan mereka untuk mencuba memasak di rumah.
Sekolah memasak ini katanya, menekankan snek dan makanan yang berkhasiat supaya mereka akan mempunyai asas dan bimbingan untuk memilih gaya hidup yang lebih baik terutamanya pemakanan yang seimbang.
"Kami menjemput semua kanak-kanak berumur antara 4 hingga 14 tahun mengunjungi Sekolah Memasak Ayam Brand di KidZania untuk belajar berdikari, membuat pilihan pemakanan yang lebih berkhasiat, memasak secara sihat dan mengambil makanan yang lebih bernutrisi dan mungkin juga memilih kerjaya sebagai chef," kata Falcoz.
Sekolah Memasak Ayam Brand terletak di KidZania Kuala Lumpur di The Curve NX, Petaling Jaya dan dibuka setiap hari termasuk cuti umum.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: