KOTA BHARU - Dua peguam memfailkan saman sebanyak RM2 juta terhadap sepasang suami isteri dan sebuah bank kerana didakwa menunaikan cek bernilai RM12,000 atas nama firma guaman milik mereka tanpa kebenaran di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Saman plaintif, Ahmad Rasydan Abdul Rahman dan Fatimah Nuraidah Abd. Rahman difailkan melalui Tetuan Mohd. Nasir & Mohd. Haizal di hadapan Timbalan Pendaftar, Nariman Badruddin.
Plaintif-plaintif menamakan pelanggan mereka, Noor Zuraini Mohamad Yusoff, 35, sebagai defendan pertama, suami Noor Zuraini, Hasnol Hamid, 36, sebagai defendan kedua dan Maybank cawangan Tanah Merah, defendan ketiga.
Kedua-dua plaintif itu yang juga pasangan suami isteri mendakwa cawangan bank di Tanah Merah itu telah menunaikan cek bernilai RM12,000 atas nama firma guaman mereka, Rasydan & Co dengan memasukkan wang tersebut ke akaun milik Hasnol.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: