Wednesday, April 25, 2012

Arena terbaik

BANGGA...Mohd Radzi (kiri) menerima anugerah Meja Sukan Pilihan daripada  pengulas sukan, Azlan Johar (tengah) dan Rosli Hussein di majlis  Anugerah Astro Arena.
BANGGA...Mohd Radzi (kiri) menerima anugerah Meja Sukan Pilihan daripada pengulas sukan, Azlan Johar (tengah) dan Rosli Hussein di majlis Anugerah Astro Arena.

AKHBAR nombor satu negara, Harian Metro menerusi bahagian sukan ‘Arena’ yang menyalurkan berita sukan tempatan dan luar negara menjadi pilihan orang ramai apabila mendapat pengiktirafan pada Anugerah Astro Arena 2011 (AAA).

Anugerah yang dianjur rangkaian televisyen Astro Arena buat tahun kedua itu menobatkan ruangan sukan Harian Metro menerima anugerah Meja Sukan Pilihan menewaskan empat pesaing utama terdiri daripada The Star, Berita Harian, Kosmo dan New Straits Times.


Pengarang Sukan Harian Metro, Mohd Radzi Wahab berkata, anugerah ini membuktikan berita yang dilaporkan di akhbar ini menjadi pilihan pembaca tempatan.

“Kami akan berusaha dengan lebih gigih mempertingkatkan lagi mutu laporan yang diketengahkan untuk kepuasan pembaca,” katanya.


Tahun lalu, anugerah itu dimenangi meja sukan akhbar Kosmo.


Anugerah ini memberi kuasa sepenuhnya kepada peminat memilih calon paling layak menerima anugerah yang dipertandingkan sebagai pengiktirafan kepada atlet tempatan dan personaliti sukan pilihan.

Lapan kategori dipertandingkan pada tahun ini, Anugerah Atlet Pilihan Lelaki dan Wanita dalam Pasukan, Atlet Muda Pilihan, Kebangkitan Pilihan, Jurulatih Pilihan, Blog Sukan Pilihan, Perlawanan Pilihan dan Meja Sukan Pilihan.


Kesemua pencalonan untuk tahun ini dipilih sepenuhnya oleh Astro Arena dengan kerjasama Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: