Tuesday, November 1, 2011

Wazir juara Persendirian 2011




MESKIPUN perlumbaan musim ini masih berbaki dua pusi- ngan, kemenangan Wazir Abdul Razak (gambar) di Melaka kelmarin membolehkannya dinobatkan selaku juara keseluruhan bagi kategori pelumba Persendirian pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petro- nas 2011.

Pelumba kelahiran Terengganu yang cukup gembira dengan kejayaan meraih kemenangan ketujuh daripada lapan pusingan itu, kini berhasrat untuk menggalas cabaran beraksi dalam kategori CP115 bersama salah sebuah pasukan musim depan.

Bagaimanapun, semua itu masih dalam proses perbincangan dan ketika ini, dia masih bersemangat untuk meraih kemenangan pada baki dua pusi- ngan yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang serta Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Pelumba berusia 27 tahun itu mendominasi saingan musim 2011 dengan meraih lima keme- nangan berturut-turut bermula di Kangar (Pusingan 1), Batu Kawan (Pusingan 2), Terengganu (Pusingan 3), Putrajaya (Pusingan 4) dan Teluk Intan (Pusingan 5).

Percubaannya untuk meraih kejayaan hatrik berganda bagaimanapun dinafikan pada Pusingan 6 di Alor Setar apabila sekadar menamatkan saingan di tempat ke-12.

Namun, selepas itu dia kembali bangkit untuk menjuarai aksi di Kluang (Pusingan 7) dan Melaka (Pusingan 8).

"Saya tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata sele- pas berjaya memenangi gelaran Persendirian ini. Walaupun ia tidak sehebat CP130 dan CP115, ia tetap kemenangan bermakna bagi peminat Cub Prix seperti saya," kata Wazir yang mendahului kedudukan dengan mengumpul 179 mata.

"Jadi, sudah tentu saya berasa bangga apabila dinobatkan selaku juara. Saya juga sa- ngat berterima kasih kepada keluarga dan semua rakan-rakan yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada saya."

"Walaupun kini tiada lagi tekanan, saya tidak akan memandang mudah untuk menghadapi baki dua pusingan selepas ini. Saya tetap akan mencuba sebaik mungkin untuk muncul juara di Sepang dan Pulau Pinang.

"Saya menjangkakan saingan sengit kerana kebanyakan prestasi pelumba Persendirian kini makin naik selepas beraksi selama lapan pusingan."

"Saya bercadang untuk beraksi dalam kategori CP115 dengan mewakili mana-mana pasukan selepas ini.

"Namun, rundingan masih berjalan dan saya perlu tunggu dan lihat ba- gaimana keputusannya nanti.

"Sebelum ini saya hanya berpengalaman menjadi mekanik pasukan, bukan sebagai pelumba jadi saya cukup teruja mengenainya kerana memang menjadi impian saya selama ini untuk mewakili sebuah pasukan dalam kategori terbuka Cub Prix."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: