Tuesday, November 1, 2011

Gelaran WTA milik Kvitova


KVITOVA menewaskan Victoria Azarenka pada final Kejohanan Tenis WTA kelmarin untuk merangkul gelaran juara.


ISTANBUL - Pemain sensasi Republik Czech, Petra Kvitova membuktikan kehebatannya sebagai pemain wanita terbaik dunia apabila menjuarai Kejo- hanan Tenis WTA kelmarin.

Kvitova, 21, yang melakar sejarah ketika memenangi Kejohanan Wimble- don empat bulan lalu, menewaskan pe- main pilihan keempat dari Belarus, Victoria Azarenka 7-5, 4-6, 6-3.

Kemenangan itu adalah yang kedua terpenting dalam karier Kvitova, sekali gus melonjakkan kedudukannya selaku pemain No. 2 dunia selepas bermula di ranking ke-30 pada awal musim 2011.

Kvitova yang bermain agresif sejak dari awal permainan, menamatkan cabaran itu dalam tempoh dua jam 28 minit.

Dengan keputusan tersebut, Kvitova diramal sebagai pencabar utama kepa- da pemain No. 1 dunia, Caroline Woznia- cki pada kempen musim depan.

Kvitova berkata, kemenangan itu mungkin disebabkan dia telah menge- tahui corak permainan Azarenka.

"Kami cukup mengenali antara satu sama lain.

"Saya bertemunya sebanyak dua kali musim ini, kedua-duanya saya menang. Jadi, saya memang telah berse- dia untuk mencatat kemenangan pada pertemuan kali ini," katanya.

Kemenangan itu juga menyaksikan Kvitova muncul pemain pertama Czech yang menjuarai kejohanan tersebut setelah kali terakhir dilakukan oleh ra- kan senegaranya, Jana Novotna pada 1997.

Ia merupakan kejuaraan kali keenamnya bagi musim ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: