|
|
Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, major Komunikasi Korporat, Universiti Putra Malaysia ini minat mendengar lagu dan menyertai aktiviti seni budaya.
Walaupun berimej Muslimah, Zahirah sering meluangkan masa mendengar lagu sambil melakukan aktiviti seharian.
“Saya juga sangat meminati bidang seni budaya. Di universiti, saya merupakan pelajar yang aktif dalam bidang teater dan pengurusan serta pengacaraan majlis.
``Sekiranya ada masa terluang, saya akan terlibat menjayakan pelbagai aktiviti seni dan menonton teater atau wayang,” ujar Zahirah yang minat membaca buku.
Ilmu
Sempena sambutan Maal Hijrah pada hari ini, Zahirah berpendapat Muslimah kini perlu dipandang tinggi bukan pada rupa, juga bukan pada cara dia bergaya, tetapi biarlah kepada ilmu dan akhlak yang dimiliki.
Baginya, peluang serta kebolehan Muslimah dalam pelbagai bidang tidak perlu dihadkan.
“Walaupun lemah-lembut memang sifat semulajadi seorang wanita tetapi jangan sesekali membuatkan masyarakat berfikir bahawa itulah kelemahan kita.
`` Wanita mempunyai kekuatan tersendiri kerana tangan seorang wanitalah penentu siapa anak-anaknya suatu hari nanti.
``Ibarat kata - kata pujangga tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia,” katanya suka meluangkan masa bersama kawan-kawan dan keluarga, berjalan-jalan dan berbual apabila stres.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: