VENUE final Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Stadium Shah Alam akan ditutup selama tiga bulan bagi kerja-kerja menaik taraf dan penambahbaikan.
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Jaafar Mohd. Atan berkata, kerja-kerja tersebut dijangka akan dijalankan mulai pertengahan November ini.
Ia akan ditutup sebaik kejo- hanan bola sepak bagi merebut Piala Datuk Bandar Shah Alam yang akan berlangsung di stadium itu berakhir.
Menurutnya, ia melibatkan naik taraf kualiti padang, mengecat struktur bangunan, pembaikan kerusi, bumbung dan kira-kira 400 tandas yang didapati berada dalam keadaan tidak memuaskan.
"Masalah pencahayaan stadium yang dilihat kurang memberangsangkan juga akan diatasi dengan cara meningkatkan tahap kualiti lampu limpah sehingga ke tahap 1000 lux," kata- nya pada sidang akhbar selepas mempengerusi Mesyuarat Penuh bulanan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam semalam.
Mohd. Jaafar memberitahu, kos penambahbaikan tersebut dianggarkan berjumlah RM4 juta dan kontraktor telah dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan tersebut.
Katanya, MBSA menjangkakan stadium tersebut boleh digunakan semula pada awal April tahun depan.
"Padang di Stadium Shah Alam sekarang lebih baik dari- pada padang di Stadium Putra, Bukit Jalil, namun selepas proses menambah baik selesai, kita yakin dapat memenuhi sepenuhnya piawaian yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," jelasnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: