Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), memperkukuh operasinya dalam pasaran luar negara dengan pelancaran model Myvi 1.3 baru, sekali gus meningkatkan jualan pembuatan kereta nasional sebanyak 67 peratus kepada 200 unit pada 2012 di Mauritius.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, sasaran jualan sebanyak 120 unit bagi tahun ini telah diatasi dan menjelang akhir Disember, angka itu dijangka mencecah sehingga 140 unit.
Perodua dijangka mengeksport 20,000 unit menjelang 2015, daripada 8,000 yang dijangkakan tahun ini ke tujuh negara, iaitu Sri Lanka, United Kingdom, Singapura, Brunei, Mauritius, Fiji dan Nepal.
Tuesday, November 29, 2011
Perodua tingkat jualan di Mauritius
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: