Tuesday, November 29, 2011

2012: Persada sasar jualan RM4 juta


Mohd Faizall Chai Abdullah

PORT DICKSON - Persada Herbs Distribution (Persada) yang dimiliki Nova Babylon Sdn Bhd menyasarkan nilai jualan produk makanan kesihatan edarannya melebihi RM4 juta, tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Persada, Mohd Faizall Chai Abdullah berkata, sasaran itu pasti dapat dicapai menerusi rangkaian ahlinya yang dijangka bertambah sehingga 20,000 orang pada 2012.

“Persada kini telah bertapak di seluruh negara dan turut melebarkan sayapnya ke negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

“Setakat ini, kita mempunyai kira-kira 2,000 ahli di empat negara di sekitar Asia Tenggara dan 60 peratus daripadanya adalah ahli aktif,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis penutup kursus kepimpinan anjuran syarikatnya di sebuah hotel dekat sini, kelmarin.

Kursus berlangsung selama tiga hari mulai Jumaat lalu dan dihadiri lebih 200 ahli Persada dari negara ini, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hadir sama, Pengarah Pemasaran dan Latihan Nova Babylon Sdn Bhd, Awaludin Md Yasin.

Menurut beliau, walaupun masih baru beroperasi, sambutan pelanggan terhadap produk makanan kesihatan keluaran syarikatnya amat memberangsangkan.

Katanya, produk sarang burung, Perkasa, Persona, IQ Memory Booster dan Fiber Plus memenuhi keperluan golongan lelaki serta wanita daripada peringkat usia kanak-kanak sehingga dewasa.

“Keberkesanan produk Persada yang diadun dengan pelbagai jenis herba seperti sarang burung, ginseng, tongkat ali, zaffaran, manjakani dan habbatus sauda adalah faktor utama yang menarik perhatian pelanggan.

“Semuanya dijual pada harga berpatutan. Malah, kami memberi jaminan wang dipulangkan sekiranya pelanggan mendapati produk tidak berkesan selepas menggunakannya selama seminggu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: