bergelar Geng Walad Kechik yang diberkas di sini baru-baru ini kerana terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, ekoran penahanan 12 remaja pada 10 November lalu, polis kemudian menemui sebuah motosikal curi dan 12 buah rangka motosikal yang dileraikan oleh kumpulan remaja itu pada keesokan harinya.
Menurut beliau, kesemua rangka motosikal tersebut ditemui di beberapa lokasi iaitu di beberapa buah tangki najis dan tali air di kawasan Sungai Acheh dan Bagan Serai di sini.
"Motosikal yang dicuri dileraikan komponennya untuk dijual sebagai alat ganti manakala rangka motosikal yang telah dilerai dibuang di beberapa lokasi," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Kata Mat Fauzi, dengan tertumpasnya Geng Walad Kechik, polis percaya dapat menyelesaikan tujuh kes curi motosikal di daerah Kerian dan masing-masing satu kes curi motosikal di Selama, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: